Seksyen Pembangunan Komoditi Ternakan
Fungsi
Fungsi Seksyen Pembangunan Komoditi Ternakan secara khususnya mengikut Unit adalah seperti berikut:
- Unit Ruminan
- Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri.
- Memberi khidmat teknikal dan kepakaran dalam industri pedaging.
- Mengagihkan baka-baka ternakan lembu/ kerbau dan kambing/bebiri melalui Program Penternakan Rakyat (PPR) Ruminan.
- Membimbing pengusaha industri ruminan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.
- Unit Unggas
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan unggas seperti Program Penternakan Rakyat (Unggas) dan Kebun Intergarsi.
- Melaksanakan khidmat rundingan industri.
- Mengagihkan benih unggas bagi mengurangkan kos sara hidup golongan sasar.
- Membimbing pengusaha industri ruminan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.
- Unit Aneka Haiwan
- Merancang, menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan industri aneka haiwan yang meliputi ternakan rusa, arnab, burung walit, landak dan burung unta.
- Menggalakkan aktiviti perladangan dan pengeluaran dalam industri aneka haiwan untuk tujuan pengeluaran makanan dan rekreasi.
- Mempromosi pengeluaran produk-produk primer dan produk-produk tambah nilai dalam industri perladangan aneka haiwan.
- Membimbing pengusaha industri aneka haiwan ke arah pengamalan kaedah perladangan yang baik.