Piagam Pelanggan

Kami berazam untuk menghayati moto jabatan “Tugas kami berbakti kepada anda”, dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami, dengan

  1. Sentiasa membantu dan melayani dengan penuh mesra serta bertanggungjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang diajukan oleh pelanggan-pelanggan secepat mungkin
  2. Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada cadangan projek ternakan yang dirujuk dalam tempoh 14 hari
  3. Memberi data dan maklumat industri ternakan serta perundangan yang berkaitan setepat mungkin dalam hari yang sama dipohon bagi maklumat sediaada dan 7 hari bagi maklumat yang baru
  4. Melayan dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terima aduan tersebut.